Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Pages

Saturday, March 31, 2012

Terbinanya Sebuah Lagi Masjid...

Sedih, semalam tak dapat tgk Sahabat yang disayangi melalui salah satu perkara paling membuat jantung bergerak aktif, -bernikah...
tapi tak pe la, dapat dtg majlis dia pon dah OK...
Tak sangka, dapat jumpa dayah dgn ehan.. dah lama tak jumpa diorg, especially dayah. Dulu kitorg floormate masa first year.
crown Ajai senget. Hehehe...
dengan Dayah yg cantik, putih berseri...
Sekalung TAHNIAH buat sahabat yang dikasihi, Siti Hajar Binti Mohamad Samsudin, kerana telah bergelar seorang Puan. Semoga bakal memperoleh zuriat yang sama-sama berjuang demi agama bukan hanya untuk dunia, malah lebih untuk akhirat...
Terima Kasih Sahabat kerana sudi berusaha untuk mentarbiyahkan aku. Walau ku rasa usahamu belom betul2 berjaya sepenuhnya, namun kau telah menerbitkan kesedaran kepadaku. Walau aku belum mampu menjadi muslimah sepertimu, namun InsyaAllah aku mempunyai cita-cita ke arah itu...
Semoga kau sentiasa berbahagia sahabat...
Perkenalkan, ini emak aku ye...
Balik dari jemputan, kitorg try masak laksam. First time buat, menjadi la jugak walau tak mcm org jual.. Meriah betol bila mak cik-mak cik aku join menggulung tepung tuk laksam tuh...

Friday, March 30, 2012

Balik Kampung...

Huh... Tiket dari sabak ke KL habis hari ni... Rupanya dari smalam dah habis.. Nasib baik aku dah bli dari hari rabu siap2. Dari KL ke batu pahat pon full. Aku sampai KL kul 1 pm, konon nk amik bas BP kul 2 pm, tp aku dapat tiket kul 3 pm... Apalagi, lepak la aku kat TBS tu tgk tv sambil mengunyah cikedis. Dah buat mcm rumah sendiri...

Thursday, March 29, 2012

Denda

Hari ni aku sorang jaga kelas. Sebab kak Na ada lawatan gi tgk ofis Upin Ipin. Memang dah plan tuk buat kuiz dgn update folio pelajar je... Tapi ada pulak student yg still degil. Dah pesan datang kelas tak bleh pakai jeans, masih pakai lagi. Takkan nk halau tak bagi amik kuiz plak kan, so, dendanya, pakai kain pelekat... Jangan ditanya kat mana aku dapat kain pelekat tu. huhuhu. En Taib, sorry, saya pinjam kain Encik tanpa kebenaran.

Ketentuan

Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

Allah SWT itu sentiasa

memberikan yang terbaik!

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”
Surah Asy-Syu’ara ayat 30.

Wednesday, March 28, 2012

Maggi Soley-soley

Dua hari lepas, ulang tayang mononton hantu kak limah balik rumah...
Memang bawak pengaruh betol lah hantu kak limah ni. Dah lama aku tak pekena megi. Lepas tgk si johan makan megi time pasang lagu soley2 tu, terus rasa teringin bebenor nak makan megi. So, semalam kitorg masak megi...
Pergh.. nikmat btol makan benda tak sihat nih... Megi yg dimasak bersama bawang, telur dan kobis betol2 buat aku lepak kekenyangan. hahaha...
Syukur Ya Allah di atas nikmat yg Kau curahkan...

Monday, March 26, 2012

Kisah Hujung Minggu

Ini antara pengalaman berharga dalam dunia masakan. Hahaha...
Jumaat lepas aku dgn Su'aidah cuba2 buat kuih cek mek molek. Ye lah, resepinya mcm simple, dan bahan nya pon mudah dicari. Malangnya, adunan yg kitorg uli tu tak menjadi. Campuran tepung dan keledek sgt melekit sampai susah nk dibentuk. Last2 aku goreng je bulat2 mcm cokodok, pastu aku sira dgn air gula... Nasib baik rasa adunan tepung tu sedap, jd still boleh dimakan la. Tak de la masuk tong samapah. Rugi tu...
Keledek yg kitorg guna...

Ini gambar dari google ye...



Hari sabtu aku kene dtg ofis sbb ganti suhalil jadi penyelaras kursus pendek. Megat pulak turun sabak, so, su'aidah masak sorang2 pagi tu. Sedapnya nasi lemak sambal sotong dgn ayam goreng yang su'aidah masak. Aku provide tempat and cuci tangan tuk makan je. hahaha. Kitorg makan dalam ofis aku. Thanks ye Su'aidah...

Hari ahad ikut kak umi gi teluk intan. Faz pon ikut skali. Kak umi nk cari kasut utk gi induksi dgn barang dapur. First time tgk menara condong dpn mata. Jakun... hahah. Tapi tak de la gi melawat menara tu dekat2. Just makan kat medan selera sebelah menara condong tu je. Tengah hari, panas lagi nk berekriasi kat situ...

Tuesday, March 20, 2012

Hari Keluarga SKS

Senior2 lecturer kata, SKS dah lama x buat family day. Aku ni kira beruntung la sbb kontrak aku yg sebulan ni kebetulan kene dgn tarikh family day diorg... Dan kebetulan lg, tempat family day kali ni adalah tempat di mana aku membesar. Tempat aku bermukim dari darjah 4 sampai tingkatan 2.
Tapi pergi sana cuma satu malam je, jd x banyak aktiviti.
Sampai2 terus check in, rehat2. Petang sket buat aktiviti pantai. Malam makan ramai2 & tukar2 hadiah. Untuk first time ni, OK la. Perancangan pon main terjah je. Lain kali bleh diperbaiki lagi..
Sementara tunggu En Hamdi sampai, snap2 dulu kat waterfront sabak.
Ber'background'kan apartmen tempat kitorg bermalam..
Teman sebilik masa kat PD...

Friday, March 16, 2012

Jumaat yang panjang

Hoorey... Hari ni aku x kerja... TAPI...
Huhuhu, sedey sbb x de gaji. Biasa la, gaji ikut hari bekerja, x kerja, x de la gaji...
Tak pe la, lgpon aku still x sihat. Jd x de la aku dtg ofis makan gaji buta.
Su'aidah kata aku mengigau sepanjang malam. Tapi aku rasa aku lena je.
Sampai takut dia. Hahaha. Kesian... Maafkan saya cik Su'aidah, saya x sengaja...
Apa yg aku buat sepanjang hari??? Apalagi, tido la.
Beres je hal2 surirumahtangga, lepak2 tgk TV sambil lelap mata. Nak packing tuk esok gi PD pon malas.
Siang dah banyak tido, malam susah plak nk tido. Disebabkan weekend ni akan sangat penat, so iron baju siap2 tuk next week.
Hehehe...
Terasa mcm nk kerja kat kedai dobi... =p
cuba kira brapa pasang aku iron... (-,-)v

Thursday, March 15, 2012

Analogi Cahaya Matahari dan Planet

Hehehe, post hari ni copy paste je. Puisinya mcm best, tu yg rasa nk simpan kat sini...
Jumpa kat Facebook "Abdul Razak Johan"<-- aku x kenal pon dia ni sape...
PUISI DARI SUAMI KEPADA ISTERI...
Isteriku,
jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

BALASAN PUISI DARI ISTERI
Suamiku,
andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan....akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPI....
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Wednesday, March 14, 2012

Not Very Well

Aduhai...
Kenapalah time2 ni selsema ni nk dtg. Dgn tekak perit, hingus meleleh, kepala pusing, badan mcm seram sejuk... Nak buat kerja pon x selesa.
Moga aku dpt bertahan untuk hari ini dan seterusnya... Baru hari ketiga, tp dah x sihat.
Sebenarnya skarg tgh menjalankan misi mengganti puasa dgn Su'aidah. Sambil2 tu, diet2 la jugak kot2 bleh kurus. <-- angan2 yg diharap jd kenyataan. Hahaha...

Monday, March 12, 2012

Cuti Hujung Minggu

Cuti weekend semalam balik rumah su'aidah kat telok panglima garang. Aku memang slalu balik rumah dia. Dah jd mcm rumah kedua. Dapat jumpa Umar Sa'id yg sgt comel.Tak sangka dapat jumpa Wa. Kitorg bukan kenal sgt pon, tp dulu kitorg pernah survive kat Sabah sama2.
Hari ahad hari untuk mengukur tanah. Su'aidah & Megat bawak aku gi Taman Botani Putrajaya.
Payung tu hiasan je ye. Hari x ujan pon. hahaha
Berlakon je tu. Hahaha
Alololo....
Sedondon...

Thursday, March 08, 2012

Masa

Dah lebih seminggu rupanya kembali ke Sabak Bernam.
Mula bekerja 5 Mac lepas. Sesi lepas, aku tolong Su'aidah, sesi kali ni aku tolong kak Na and Daus... Tapi aku still je duk menyibuk kat ofis Su'aidah. Hehehe
Buat masa ni aku kene sort dokumen untuk fail pelajar sesi lepas untuk MQA. Rasa mcm cepat je masa berlalu. Tak siap2 lagi men'sort'ing.

Al-’Asr 103: (1-3)
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Apa je lah yg aku dah buat seminggu lebih ni...
Yang pasti, tabiat masak2 kat rumah dah terbawa-bawa sampai ke Sabak atas dorongan Su'aidah. Ada je projek nk dibuat. Tapi biasanya Su'aidah la yg masak, aku tukang makan je. Hehehe
Yang ni Set Makan TengahHari sempena meraikan kedatangan aku.
Hahaha, perasan =p
Mihun ni Su'aidah masak sbb kelaparan sebab seharian kat ofis x makan.
Kentang ni first time buat ikut resepi dalam MyResepi.
Senang je, bawak bekal sarapan kat ofis
Puding Kastard Jagung ni pon buat bwk sarapan kat ofis.
Menghabiskan stok jagung kat rumah.
Yang ni projek mega. Hehehe.
Setelah sekian lama nk buat, akhirnya tercapai jugak cita2 yg satu ni.
Ini adalah bancuhan kastard utk layer yg tengah...Puding triffle. Yeay..
Orang makan desert ni dalam cup dgn sudu,
tp kitorg gatal nk kluarkan dari bekasnya.
Cantikkan...

Blog ni bukan blog resepi, tapi asyik post pasal makanan je. Hehehe

Monday, March 05, 2012

Tikus

Antara makhluk ciptaan Allah yang buat aku geli-geleman, TIKUS...
Hari jumaat lepas, baru perasan ada sekor yang sesat buat sarang dalam laci barang Su'aidah.
Perghhh... menjerit-jerit kitorg hunting tikus tu. Tikusnya x de la besar sgt, lebih kurang saiz genggaman tangan aku je. Nak bunuh masing2 takut and geli, so the plan is, tekup je dgn baldi. Berpeluh2 kitorg cuba nk tangkap. Akhirnya dia kluar dari rumah tu melalui celah sliding door.
Makin berdecit-decit tikus tu lari, makin kuat kitorg terjerit2. Malangnya tak de sape pon jiran2 yang datang ketuk pintu tanya kenapa. Kot2 kitorg teriak kuat2, ada la yg nk datang tolong. Muahahaha...
Macam mana tikus tu bleh masuk dalam laci yg rapat tu masih dalam siasatan dan blom dapat dikenalpasti. Tikus tu sekadar memberi petunjuk kehadirannya dengan meninggalkan najis berupa cecair dan ketulan2 yg kurang menyenangkan. Risau jugak kalau2 tikus tu bawak virus atau bakteria yang boleh bawa penyakit... Alhamdulillah, setakat ni tak de lagi perkara2 tak diingini berlaku...
Ini bukan gambar tikus yang masuk rumah ktorg tu ye.
Gambar ni En.Google yang bagi.
Tak kuasa aku nk snap gambar time kritikal cam tu.