Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Pages

Monday, August 30, 2010

Kenangan Lalu...

Sudah lama benar saya tidak menjengah ke laman sesawang ini. Andai laman ini dianalogikan sebagai sebuah bilik sebenar, mungkin ia telah dipenuhi sarang labah-labah ditambah dengan tikus-tikus yang berkeliaran. (ye ke... mcm melebih-lebih la pulak... tp x mustahilkan...)

Ke mana saya menghilang?
Saya tak kemana-mana. Masih dilokasi yang sama, masih seperti dulu, masih ditakuk lama,cuma hidup dah kurang ceria berbanding zaman di universiti dulu. Sekarang ni, sementara nk tunggu konvo, saya kerja kat kilang elektronik. Jadi kuli je, operator pengeluaran. Lepas la duit buat bayar yuran konvo dengan beli kelengkapan nak raya.

Betullah kata orang, zaman belajar adalah zaman yang paling menyeronokkan, walaupun masa zaman belajar dulu kita rasa bilalah nak habis belajar ni... dah tak sabar nak kerja, nak pegang duit sendiri. Tapi bila dah kerja, terasa sangat2 rindu dengan suka duka waktu belajar dulu.

Bulan puasa tahun ni sangat2 membuatkan saya mengimbau kenangan semasa berpuasa di matrikulasi dan di universiti.
Betapa pemalasnya saya untuk bangun bersahur sehinggakan saya makan sahur sambil baring. Bayangkan, saya mengunyah kuih yang memang disimpan untuk bersahur sambil berbaring diatas katil dengan mata terpejam. Buruknyelah perangai. Pemalas benor.
Semasa diuniversiti suasananya berlainan pula. Semenjak ada transport, ada je tempat makan jadi tempat kami berkumpul untuk berbuka dan bersahur. Setiap kali tiba ramadhan, akan ada hari yang kami ramai2 akan bersahur di mcD sebelah shell. Setiap hujung semester, ramai2 pakat buat jamuan sendiri kat mcD Jusco.
Tu belum lagi bab riadah... sama2 berusaha nk kuruskan badan yag tak kurus2 ni. Joging kat KTF dan KDSE (walaupun selalunya saya akan tertinggal nun jauh dibelakang beberapa round), jalan2 gi tasik bagi ikan makan... bestnya....
All of the moments are PRICELESS...

Rindunya kat nasi kerabu, nasi ayam penyet, char kuey mayonis, laksa johor, kacang pool...

ish... farhana!
teruknya awak ni... semua yang awk rindu adalah makanan... huhuhu...

saya juga rindu dgn pillow talk... sebelum tidur ada je yg dibualkan. Mata yang dah nk terpejam bleh celik balik... seronoknya la hai...

Salam Ramadhan buat semua walaupun Ramadhan sudah masuk ke fasa terakhir... tak lama lagi dah nak raya..
Selamat Hari Raya semua... Maaf Zahir dan Batin...

Wednesday, April 21, 2010

Penangan PSM...

Alhamdulillah, syukur...

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat setelah diberi ujian.
Akhirnya, berlalu sudah hari yang dinanti. Hampir sebulan menghitung hari, detik demi detik,begitu pantas masa berlalu meninggalkan, tak mampu untuk dikejar namun saya masih berusaha untuk menyaingi. (apa aku merepek ni...). Hari ini, berlalu satu lagi episod dalam hidup saya. Episod di mana saya sedang berusaha berdepan dengan situasi untuk menamatkan pelajaran di universiti setelah extend dua semester.

Malu, sedih, terkilan,segan, gembira semuanya teradun menjadi satu. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan apakah perasaan melihat rakan2 menamatkan pelajaran dengan jayanya pada masa yang sepatutnya. Betapa saya menahan perasaan dikala melihat rakan2 lain menyarungkan jubah konvokesyen.Menahan perasaan tatkala memikirkan rakan2 telah bekerja meringankan beban sekaligus cuba membalas jasa keluarga tercinta.

Hari ini, perasaan itu datang lagi walau situasinya berbeza. Hari ini menentukan sama ada saya bakal meninggalkan UTM atau masih berada di UTM untuk semester akan datang. Akhirnya, proses penentuan yang menjadi syarat pengijazahan dilalui dengan seadanya. Dan syukur pada Allah dengan limpah dan kurnianya, saya menerima minor correction untuk projek saya. Walhal sebelum itu, sepatutnya saya perlu membuat major correction. Saya tidak tahu apa yang mempengaruhi perubahan keputusan penilaian projek saya, namun di waktu itu saya sangat2 merasai bahawa Allah menolong saya. Bagai terngiang2 di telinga alunan Yasin dari mak di kampung untuk saya. Adakah berkat doa seorang ibu membawa kepada perubahan keputusan itu? Hanya Allah yang mengetahui. Tapi suatu yang saya yakini, doa seorang ibu itu dekat disisi Allah.Betapa aku sangat2 merasai Allah membantuku di saat perasaanku tidak menentu.
Ya Allah yang Maha Agung,
Aku ini hamba yang kerdil lagi hina,
Sentiasa memungkiri janji yang dibuat pada diri sendiri,
Namun rahmatMu tidak pernah bertepi.
Jurang mendalam,
Gunung meninggi,
Langit meluas,
Takkan pernah dapat menyaingi kurniaMu kepadaku.
Ampunkan dosaku yang tidak terkira ini Ya Allah,
Teguhkanlah imanku,
Peliharalah ibadatku,
Rahmatilah aku,
Restuilah perbuatanku,
Redhailah hidupku,
Bantulah aku melaksanakan suruhanMu menjauhi laranganMu,
Sesungguhnya kaulah Tuhan yang Satu...

Buat rakan2 seperjuangan yang sama2 dikuarantin dalam lab sepanjang sem ni, (Sabrina, Su'aidah, Nisa, Q, Fit, Syazana, Chita, Kak Siti, Farid dan Abdullah Amin) CONGRATEs sume... Pertapaan kita dalam lab bakal menjadi kenangan...
Tidak lupa juga penghargaan buat Cik Mie, En Rosely, Pn Zuraifah, dan Dr. Shah as a KJ. Untuk roommate (Ajai), terima kasih kerana memahami. Buat keluarga, rakan2, dan kenalan2, terima kasih di atas doa dan dorongan.
Jazakumullah hu khairan kathira

Wednesday, March 31, 2010

Kelakar...


Hahaha... kahkahkah...
setiap kali terview gambar ni mesti nak ketawa, padahal dah banyak kali tengok...
Yang ni plak, gambar fevret...
Memantapkan Ukhuwah & Memperkasa Ummah
ke arah Pembangunan Masyarakat Lestari
hehehe...

Thursday, March 11, 2010

Kiamat Hampir Tiba....

(27-11-2009) Hari Raya Aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun Baru Hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari Krismas "hari Jumaat"
(01-01-2010) Tahun Baru "hari Jumaat"
(26-02-2010) Maulidur Rasul "hari Jumaat"
(02-04-2010) Good Friday "hari Jumaat"
(28-05-2010) Hari Wesak "hari Jumaat"
(10-09-2010) Hari Raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-08-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(05-11-2010) Deepavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq ...

Sunday, February 21, 2010

Tinta Buat Sang Kumbang...


Saya terjumpa dan terbaca artikel ni... Then terus rasa nak copy n paste...
=================================
Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti ^_^
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.[At-Talaq:2-3]
Buatmu Bunga,
dan bunga-bunga yang sedang mekar di taman-taman yang lainnya,
aku punya hadiah buat kalian..

(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, karenanya kau tak membutuhkan persamaan.
Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani ku sentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.
-------
jika Allah sudah meredhainya,
petiklah bunga itu wahai kumbang sakti
moga sayap kiri itu akan membantu dirimu di atas jalan ini

Karya Asal : daffodil
Adaptasi artikel : Wanita Suci In Asih Retno
Bacaan lanjut : Tidak Mahu Fikirkan Fasal Cinta Adakah Patut?
source : iluvislam.com/7rabiulawal1431h/1122
***
Kosa Kata
Akhawat = Muslimah
Ikhwan = Muslimin
andai cinta itu ingin diberi...

Friday, February 12, 2010

Cuti....


Cuti datang lagi...Yeay...
Sempena cuti Tahun Baru Cina, akhirnya, sekali lg, dapat jugak badan merasa nikmatnya rehat yg agak panjang... (bukan berpanjangan ye... kalo rehat berpanjangan tu maksudnya dah kembali ke alam lg satu...)
Setiap hari dikerah stay kat lab dr 9 pg hgga 5 ptg membuatkan badan terasa sgt penat... Hari cuti adalah antara nikmat yg paling berharga. Sebelum terlupa, Selamat Tahun Baru Cina buat rakan2 yg meraikannya...Seperti biasa, bila umur dah semakin meningkat ni, time2 cuti, ramai la kawan2 yg melangsungkan majlis. Pertunangan, akad nikah, juga walimatul urus...
Buat rakan2 yang telah berumah tangga, juga yg bakal melangsungkan rumah tangga, lagu ini khas buat kalian...
بارك الله لك، وبارك عليك، وجمع بينكما في خير
"semoga Allah memberi berkah kepadamu & ke atasmu &
mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"

Monday, February 01, 2010

Kerana Dia Manusia Biasa...

Cerita ini saya copy drpd sebuah email yg diforward kepada saya lama dahulu...
====================================

Assalamualaikum...
Semoga bermanfaat baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga...
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga...

Kerana Dia Manusia Biasa...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama.
"Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?"
Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan di kepala saya. Sebenarnya..
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?"
Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas di dalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni?. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehe.... "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat di atas, di barisan paling atas. Dan sampai saat ini pun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *********
Kepada ___________
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya...


Assalamu'alaikum Wr Wb


Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.


Saya, yang bernama __________ menginginkan anda _________ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.


Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anak saya kelak.


Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.


Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.


Saya memohon anda solat istikharah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini.

Amin


Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia?"
"Kerana dia manusia biasa... " Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Paling tidak aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.
Amin.

Wallahu 'alam
=================================

Setakat saat ini, saya blom pernah jemu membaca kisah ini berulang kali...

Friday, January 29, 2010

Keputusan PRK 2009/2010 UTM

Bahang PilihanRaya Kampus dah semakin sirna....
Tahniah buat semua calon2 yang bertanding kerana berani mencuba utk membawa suara mahasiswa...

Keputusan Pilihanraya Kampus:
Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia 2009/2010

Kerusi Umum:

1. Muhammad Zaki Bin Omar - 7837
2. Nor Amanina Binti Ab Rahim - 7335
3. Mohd Rozi Bin Harun - 6778
4. Muhammad Miqdad Bin Che Mohd Rozi - 6360
5. Nur Syazana Binti Azahar - 5992
6. Ahmat Rajab Bin Khairul Yusri - 5899
7. Muhammad Uzair Bin Azizan - 5739
8. Farah Hanim Mohd Dexter Howell - 5729
9. Yin Leang Huat - 5659
10. Siti Mariam Abdul Lathiff - 5655

Kerusi Fakulti:

Fakulti Alam Bina:
1. Nurfatin Aqilah Binti Mohd Yusof -547
2. Noor Aimran Bin Samsudin - 503
3. Mohd Ainuddin Bin Khairuddin - 403

Fakulti Biosains Dan Biokejuruteraan:
1. Iezzat Emeer Bin Affandi - 189
2. Nor Hafiza Binti Omar - 183
3. Khairina 'Izzati Binti Amir Hussain - 149

Fakulti Kejuruteraan Awam:
1. Siti Amirah Binti Basirun - 683
3. Nurulhayati Bte Md Yusoff - 645
2. Mohd Affendi Bin Ismail - 621

Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan:
1. Ng Ken Hoo (menang tanpa bertanding)
2. Jihan Atikah Binti Md Jalani (menang tanpa bertanding)
3. Nazirahhanim Binti Sharipudin (menang tanpa bertanding)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik:
1. Nur Azim Fahada Bin Ahmad - 870
2. Ku Abd Muhyi Bin Ku Abd Hamid - 841
3. Umi Kalsom Binti Mohamad Yusof - 633

Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli:
1. Izam Ikhwan Bin Kamaruddin - 918
2. Nor Aida Binti Yusoff - 713
3. Ahmad Syairazi Bin Rasid - 653

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal:
1. Muhammed Amirul Asyraf bin Hasnan - 822
2. Mohd Fadzli Bin Ismail - 818
3. Nurul Fatiha Binti Mesbah - 805

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi:
1. Wan Ahmad Hazwan Bin Wan Daud - 545
2. Nur Syahida Binti Anuar - 472
3. Chew Jian Long - 467

Fakulti Pendidikan:
1. Mohd Sharhan Bin Abu Bakar - 636
2. Anis Bin Abd Wahab - 622
3. Ummu Sulaim Binti Osman - 542

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia:
1. Berlina Dolores Doyou - 885
2. Mohd Hazizi Bin Ishak - 644
3. Loke Wei Kit - 458

Fakulti Sains:
1. Nurul Khalida Binti Hidzir - 772
2. Iskandar Zulkarnain Bin Mohamad Idris - 744
3. Lee Wei Bin - 540

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat:
1. Mohamad Ariff Bin Makhfudz - 534
2. Nur Aqilah Binti Sabri - 529
3. Chaw Sau Shen - 463

Kampus UTMKL
5 Orang calon bebas telah menang tanpa bertanding

Wednesday, January 27, 2010

Puding Karamel~

INI KISAH KAMI BERTIGA~ =)
(farhana,sabrina,su'aidah)

Cerita ni berlaku tanggal 16 januari 2010...
Dah namanya manusia, tak kan lepas dari menginginkan sesuatu... termasuklah juga kami...
Nak dijadikan cerita, keinginan kami adalah:
Puding Karamel...(susah nak jumpa tu... kalo ada kat bazar ramadhan tu pun, mahal...)

Jd setelah berbincang, ktorg yg sedang berada di UTM kampus Skudai ni pun mencapai kata sepakat nak buat puding karamel tu nun di pedalaman daerah Batu Pahat, poskodnya 83400. Nak tau kat mana? Kat rumah saya lah, Kg Parit Bangas, Seri Medan~
Naik apa? Naik baby kesayangan Su'aidah WTD4501...

Lalu Air Hitam, singgah jap bli kerepek dgn buah sket. Buat buah tangan tuk nenek su'aidah. Sbb ktorg melawat nenek Su'aidah yg duk kat Parit Raja. Sempat la makan tgh hari dgn solat Zohor kat sana. Sebelum sampai rumah, singgah Carefour BP, bli barg nak wat puding dgn aiskrim wat pencuci mulut...Su'aidah blanja 2 mangkuk besar aiskrim~ Best2... tengkiu Su'aidah...

Sampai rumah dlm pukul 4.30 ptg, rehat2 dulu...
Lepas Maghrib, bermulah operasi kami...

Ini bahan2 yg ktorg guna nak wat pudingnya:
400 ml susu segar
5 sudu besar gula halus
3 biji telur - suhu bilik
2 biji kuning telur - suhu bilik
2-3 titik esen vanila

utk karamel, cuma guna:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

1. Mula2 buat adunan puding. Masukkan telur and kuning telur. Then masukkan gula sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati,pelan2 tau dgn lemah lembut, jgn sampai berbuih. Ok, dah siap letak tepi dulu...

2. Seterusnya, panaskan susu dan esen vanila +- 60 drjah celcius. Jgn sampai mendidih. Then, matikan api.

3. Kemudian, dgn menggunakan penapis, tuang adunan telur yg dah siap td sedikit demi sedikit ke dlm susu yg masih panas. Kacau sampai sebati. Ok, dah siap letak tepi...

4. Sediakan tempat utk mengukus. Dah bleh mula panaskan air tuk mengukus. Pastikan pengukusnya berada dalam keadaan baik ye, jgn jd macam kt org.
Baru je my mum puji2 pengukus tu dah banyak berbakti. Sampai kemek2. 20 tahun family kt org guna pengukus yg sama. Tup tup, tiba2 malam tu, time kt org nak guna, dia bleh bocor pulak. Nasib baik ada inisiatif lain utk mengukus....

5. Skarg nak buat karamelnya pulak. Masukkan gula dan 1 sudu air dalam periuk kecik dan panaskan, bila perang, masukkan lagi 1 sudu air. Dah cair semua, tutup api, masukkan dalam loyang.

6. Pastu, amik adunan puding td, tapis dan tuang dalam loyang yang ada karamel.

7. Kukus dgn api sederhana selama +- 30 min.


Bila dah sejuk, puding yg dah siap dikukus tu nak kene terbalikkan. Jd amik la apa2 bekas tuk terbalikkan puding tu.







Huahuahua... Failed~
Loyang yg ktorg guna nak kukus tinggi sgt, jd pudingnya rosak masa diterbalikkan. Tak pe2, walaupun rupa telah rosak,tp rasa tetap tak terjejas...









Inilah dia hasilnya. Sedia utk dimakan.... Nyum nyum~

Tuesday, January 19, 2010

Kucing...

Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu;
Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia.

Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil.

Saya bukanlah peminat kucing, tp sy tau, ramai manusia kat muka bumi ni gembira dan teruja bila nampak kucing, lagi2 kalau kucing tu comel. Tak kurang juga ada segelintir manusia yang tidak suka dgn kucing, pantang nampak je, trus rasa nak tibai dgn penyapu. Walaupun sy tak brapa suka dgn kucing, tp tak de la sy tibai kucing tu separuh mati. Paling teruk pun saya halau guna kaki sambil mulut bunyi "syuh..syuh..syuh" (bukan menendang ye...)

Saya ada seorang rum8. Nama rum8 sy Siti Hajar a.k.a Ajai...
Pada suatu hari, semasa Ajai ingin pulang ke bilik setelah selasai membeli makanan di arked bernama Cengal, tiba2 dia didatangi seekor anak kucing yang mengiau ingin mengikutnya pulang. Ajai bertanya2 mereka2 yang berada di arked, siapakah pemilik kucing tersebut, malangnya tiada seorang pon yang mengaku. Oleh itu Ajai mengambil keputusan membawa kucing itu pulang ke bilik dan meninggalkan nomor teleponnya pada peniaga di arked kerana dia fikir kemungkinan jika tuan kucing tersebut mencarinya, maka mudah untuk Ajai dihubungi.
2-3 hari telah berlalu, namun tiada panggilan telepon drpd sesiapa yg ingin menuntut kucing tersebut, maka Ajai pun menamakan kucing itu Jojy.Bermulalah hidup Ajai dan Jojy sebagai sebuah keluarga. Oleh kerana Ajai sgt menyayagi Jojy, dia mahu Jojy hidup dgn selesa dan cukup segala keperluan, maka dia meminta pertolongan Alongnya untuk membawa Jojy pulang ke rumah. Di rumah, Jojy dibelai dan dilayan penuh kasih sayang oleh seluruh ahli keluarga termasuklah mereka2 yang bertandang ke rumah mereka. Jojy diberikan sebuah rumah yg ditempah khas oleh ayah Ajai untuknya dan makanan2 yg berkhasiat yg disediakan oleh mama Ajai cthnya spt ikan tongkol kukus.

Ku sangka panas hingga ke ptg, rupanya hujan di tgh hr....
Setelah beberapa bulan, Jojy yg dianggap teman dikala susah dan senang, teman dikala riang dan gundah, teman dikala tenang dan resah telah pergi meninggalkan dunia...
Pemergiannya ditangisi... mereka2 yg pernah mengenali Jojy juga turut merasai kesedihan pemergiannya... Jojy mati setelah menderita akibat disembur bisa oleh ular. Terdapat bhgn pd badannya yg bertukar menjadi kehitaman akibat terkena bisa ular tersebut...
Maka, tamatlah riwayat seekor Jojy tanpa sempat meninggalkan waris...

Thursday, January 07, 2010

Hujan dan Haikal

Dah lama rasanya tak keluar beriadah dengan teman2. Selalunya, setiap petang, kalau malas nak jogging, saya akan jalan2 cuci mata. Plan nak main badminton pun asyik tergendala. Lately, petang2 asyik hujan je...Kalau tak silap, dah seminggu tak keluar petang sebab cuaca tak mengizinkan.

Ada satu hari tu, kita orang dah siap2 nak jogging, elok2 nak keluar dari blok, tetiba hujan la pulak.Tapi tak lebat sangat. Apalagi, inilah peluang yang ditunggu2. Dah alang2 siap tu, kt org truskan jugak.Tp ktorg tak jog la, just jalan dgn laju. Macam lumba jalan kaki tu. Yea yea, dapat main ujan, tp tak de la basah kuyup pon, ujannya mcm nak tak nak je turun. Dah lama ngidam nak main ujan =) tapi segan la kalo sorg2.
Lain pulak cerita kalo saya tgh cuti. Kalo kat rumah, saya dengan adik saya yang bongsu memang suka main ujan. Siap amik syampu lagi.Dia macam buat iklan syampu pulak kat depan umah time2 ujan. Tp kalo ujan betul2 lebat la. Kalo takat ujan sket2 ni, nak basuh rambut pun tak cukup air...
Tapi tu sume dah berlalu... sekarang adik saya dah tak bleh main ujan lagi, mak saya tak bagi. Jd saya pon tak de teman nak menguyupkan diri. Semenjak dia patah tangan akibat jatuh basikal, dia tak bleh main lasak2. Takut kalo patah untuk kali kedua, nnt doktor marah =(

Doktor bagi cuti sekolah sebulan, tapi dia dapat cuti 2 bulan sebab time tu memang dah dekat nak cuti sekolah. Time patah tangan tu member2 dia sibuk duk exam, dia duk umah jer. Nasib baik baru darjah satu, jd cikgu dia kata tak pe kalo tak amik exam, cuma dia tak boleh naik kelas. Duk je la kat kelas corot tu... Sekarang dia darjah 2, tangan pon dah OK. Cuma kadang2 gi hospital tuk terapi supaya tangan dia kuat sket.

Wednesday, January 06, 2010

Macam-Macam Ragam

Entry ni saya copy and paste sebab saya suka... =)

Bila boss tiada di pejabat :

Bila boss panggil :

Bila kena hadiri mesyuarat :

Bila waktu rehat :

Bila dapat projek baru dari boss :

Bila tengah cari idea untuk projek baru :

Bila projek yang boss bagi susah nak buat :

Bila otak jam... :


Bila 'client' banyak songeh dan berlagak pandai :

Bila 'client' tukar fikiran saat akhir :

Bila boss suruh kerja lebih masa (OT) :

Boss suruh datang pejabat waktu cuti ada projek 'urgent' :

Bila dah terbuat silap pada projek yang boss bagi :

Bila projek disiapkan dengan jayanya :

Bila projek gagal :

Bila dapat gaji : HAPPENING!!!

Yang ni pulak, senaman....

Hanya amik masa 7 minit untuk buat

senaman ringan ini..

ikut la arahan ni betul2...




ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa.. aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...




buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress..

pusingkan kepala...



tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...

akhir sekali

buat joget kucing...


SELAMAT MENCUBA.... =)