Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Pages

Saturday, March 29, 2014

Heartbreaking...

Menonton klip video 'Lensa Tragedi MH370' TV1..
Allah Allah Allah.. Berjujuran air mata..
Bantulah kami ya Allah.. Tunjukkan kuasaMu pada mereka yang tidak mahu mempercaya kewujudanMu..

Andai benar ia berakhir di lautan hindi, aku sangat berharap MH370 masih dalam bentuk asal beserta isi muatannya, muncul sempurna dibuai ombak, dengan kuasa Allah, terdamparlah ia di hamparan pantai..

Sunday, March 23, 2014

Gara-gara selsema...

Semalam, ingat nk mengayuh beskal, tp bila petang menyapa, malas la pula..
Hari ni memang rasa nk rest kat rumah je sambil2 mengikuti berita kapal terbang hilang, tapi menjelang tgh hr, tekak rasa x best. Macam nk selsema je ni.. Arghhh, x suka..
X bleh jd, ptg ni kene kayuh beskal jugak, bg kluar peluh, biar sihat sikit..
Pastu singgah kedai bli 100+, kot bleh ilang selsema, sebab aku memang x kan telan panadol.
Hadoi.. Dah lama x cycling, ketar lutut mengayuh. Tu blum sakit bontot sebab sejam duk kat seat beskal yg x berapa nk ada kusyen.
Malangnya, lepas mghrib, hidung dah mula srooot sroot..
Nak buat mcm mana ni.. Esok dah start cuti sekolah, kene keje overtime..
Elok je nk masuk tidur, baru teringat, stok aiskrim vanilla ada lg sket..
Moga2 askem ni boleh jd penawar mcm selalu..

p/s: #prayforMH370

Sunday, March 16, 2014

Berangan overdose.

Arghhh.. Kenapalah malam ni boleh terbaca Tas Merah Jambu..
Kan dah x boleh tidur. Mood berangan jadi overdose.
Padahal dah sedia maklum, kalo baca novel2 Syud, mesti otak duk bayang perkara sweet2 je..
Ok.. Nnt jgn lupa cari lagu Katon Bagaskara -Selembut Awan