Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Pages

Thursday, December 31, 2009


Hari terakhir bagi tahun 2009.....
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, masih bernafas di alam realiti walaupun kadang kala fikiran menerjah ke alam fantasi...

Tahun demi tahun berlalu, kini 2009 bakal ditinggalkan, 2010 bakal menjelma.
Pahit dan manis kehidupan yang telah dilalui akan menjadi pengalaman dan kenangan yang sentiasa bertambah detik demi detik...

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".


10 wishes for New Year

***************

الأولى أن يكون أصدقاؤك من الصالحين
One for friendship

والثانية أن تحب المؤمنين
A second one for love

والثالثة تمنياتي لكَ بالرزق الوفير
One for wealth

والرابعة أمنياتي لك بالسعادة
One for happiness

والخامسة تمنياتي لكَ بالنجاح
One for success

والسادسة أن تزداد علماً ومعرفة
One for knowledge

والسابعة أن يوفقك الله إلى طاعته
One for obedience

والثامنة أن يرزقكَ الله الإخلاص
One for honesty

والتاسعة تمنياتي لك بالصحَة والعافية
One for a healthy life!

والأخيرة أن يديم الله عمرك بالأعمال الصالحة والخير والنفع
& One for a long life!

Let’s this year come nearer to Allah

This can be achieved by doing our duties

May us continually be blessed and be a blessing to others...

Wednesday, November 04, 2009

An Introduction


Tentang saya...
Tiada yang istimewa tentang saya. Seorang hamba yang kekurangan serba-serbi...
Masih memerlukan bimbingan dan sokongan untuk terus melayari kehidupan...
Sukar untuk mentafsir dan menyatakan siapa saya yang sebenarnya kerana saya sering berubah...
Setiap hari masih mencuba untuk menjadi insan yang baik, walau kadang kala terpedaya dengan godaan nafsu yang mementingkan kehendak dari keperluan.
Apa yang kekal dari dulu hingga waktu ini adalah, saya masih lagi seorang kidal dan tidak pandai sebut huruf 'R' dengan betul. Namun segala pemberian yang telah dianugerahkan tetap disyukuri...