Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Wednesday, July 10, 2013

Satu Ramadhan 1434H

Alhamdulillah, Allah masih beri keizinan untuk bertemu ramadhan tahun ni... Tahun ni puasa kat tempat baru, semalam pergi masjid untuk terawih naik kereta, sambil survey port tuk parking motor. So esok2 boleh pegi naik motor je.. First day terawih dah ada kisah lucu. Sambil imam baca fatihah, ada suara kanak2 lelaki dengan lantangnya mengalun fatihah bersama imam.. Agaknya kalau surah2 pendek tu pon dia hafal, mungkin akan dialun juga surah yang sama bersama imam.. Ramai juga kanak2 perempuan yang ke masjid, alahai comelnya dengan telekung warna warni. Moga kita sentiasa diberi peluang untuk selalu mengimarahkan masjid...