Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Pages

Monday, January 23, 2012

Chinese New Year

Dum...
Duummmm...
Dum.Dum.Dum...
Duuuuuuuuuummm...
Bunyi mercun dan bunga api sambutan malam tahun baru cina.
Tetiba aku rasa lain mcm. Tetiba aku teringat perasaan aku masa masih kat matrik dulu. Perasaan semasa aku x balik raya haji... Aku sendiri lupa apa alasan aku x balik, tapi perasaan ni aku ingat sgt. Sedih dan sayu...
Walaupun aku x menyambutnya, tp perasaan untuk berkumpul bersama keluarga tu ada. Rasa sedih x balik bercuti. Kat Malaysia ni, apa saja perayaan, pasti akan ada iklan yg suruh balik kg beraya sama2, pasti ada iklan menyentuh perasaan mengenai pentingnya keluarga, gembiranya dpt berkumpul bersama...
Mungkin sbb pengaruh dari TV. Banyak cerita yg penuh emosi. Hari tu aku layan satu crita jepon ni kat TV3. Lupa tajuk dia apa, tp kalo x silap ada perkataan puppy kat ujungnya. Berderai2 air mata aku luruh, mcm masa aku tgk 1 liter of tear. Sedih and sayu giler citer tu. Even dia happy ending pon, aku still nangis masa endingnya... Nasib baik la aku tgk citer tu sesorang, jd selamba la nk meraung pon. Kalo tgk ramai2, mau sesak nafas aku sbb tahan nangis. Kisah pasal anjing yg bernama 'Mari'... Aku rasa semua org patut tgk citer tu, banyak sgt nilai murni and pengajaran...
To All Chinese,
Selamat Tahun Baru Cina.
Gong Xi Fa Cai...
Semoga kita bertambah makmur di tahun naga ini.
Salam 1 Malaysia...

Serabut Kusut Debaran Harapan

Dah 3 hr aku balik sabak bernam, hati dan otak masih x tenteram. Bulan ni bulan serabut aku. Mungkin aku tertekan sebab menganggur. Ye lah, x kerja, x de duit. X de duit, mcm mana nak idup. Tak kan dah tua2 ni nk minta duit mak bapak. MALUlahkan...
Lebih 2 minggu di KL, mampu membuatkan terlupa seketika masalah yg ditanggung, aku agak enjoy. FitoChan really make me feel better..
Panggilan temuduga guru mara 27hb nnt buat aku sedikit lega, namun hanya seketika, sbb Pertama, jauh sgt and aku x reti nk gi sana. Kat sungai jawi seberang prai selatan. Kedua, sbb temuduga tu sendiri. Aku ni jenis darah gemuruh, bila dah gabra tu datang, apa yg aku dah hafal dan plan sume hilang. Lagilah bila aku dpt tau nnt bukan setakat interview je, ada microteaching skali. Otak aku blur, lost, kosong... Start la aku x tau nk cakap apa. Kalau start merapu ntah apa2 x pe jugak sbb at least bercakap, tp aku, lidah trus kelu, x tau nk ckap apa...
Tadi petang, kluar gi pekan sabak. Isi minyak motor dan bli barang sket. Masa nk on the way balik, polis trafik ada buat road block kat port biasa diorg. Dengan yakinnya aku lalu la dpn pak cik polis tu. Memula dia mcm nk lepaskan aku, tapi tetiba dia tahan pulak. Ala, aku tau, mesti sbb dia tgk motor aku x de sticker P. Tp aku x takut, sbb kebetulan memang aku baru je tuka lesen. Jd selamat la aku. Masa dia tgk alamat kat lesen aku tu, dia tegur,
"eh, batu pahat johor, jauhnya.. x balik cuti?.." "oh, ari tu saya kerja kat sini pak cik, tp dah habis kontrak. Skarg ni tgh tunggu hari nk interview kat penang.."
"bila?"
"jumaat ni, 27hb"
"oh, pak cik punya anak pon interview juga, tp 26hb"..
Dan seterusnya... lama jugak lah... pak cik polis tu bleh pulak borak2 dgn aku. Aku ni x nk la kacau dia kerja. Aku nk pulas minyak je, dia bercakap, x kan la aku nk tinggal mcm tu je kan... Tp bila dah balik rumah je, baru la aku rasa aku ni bodoh sgt. Yg pergi dgr aje buat apa, patutnya td aku layankan, tanya anak dia gi naik apa?, kat penang tinggal kat mana? Mintak no telepon ke... Anak dia laki ke pompuan pon aku tak tau. huhuhu... Aku ni memang lembab lah... Hadoi...
Moga2 aku slamat pergi dan balik dari penang, selamat semasa berada di penang dan selamat dgn temuduga tu nnt...
Ya Allah, permudahkanlah aku cari tempat berteduh kat penang tu nnt, permudahkanlah aku mencari lokasi interview, dan permudahkalah setiap sesi yg aku kene hadap. Aku harap sgt dpt jawatan tu nnt.
Ya Allah, tetapkan dan teguhkan lah hati aku untuk sentiasa berusaha kerana agamaMu dan kerana kebahagiaan kedua ibu bapaku.
Semoga aku berjaya...

Sunday, January 15, 2012

Kisah Si Pemandu Teksi

Petang semalam, ikut fitoChan ke Taman Tasik Datuk Keramat sbb dia nk jogging. Dari rumah sewa nk ke taman adalah dlm 15 minit kalo jalan lenggang kangkung...
Nak dijadikan cerita, masa on the way tu, ternampaklah 2 org budak sdg tunggu teksi kat bus stop.
Mungkin umurnya dlm lingkungan 10 - 13 tahun. Kecik je budaknya... Tetiba salah sorang dr budak tu tahan teksi sambil bawa plastik sampah warna hitam.
Dlm otak aku dah buat andaian, diorg tu org susah kot, agaknya baru balik dr pungut tin... (slalu tgk movie ada babak mcm tu. huhuuh...) Teksi tu pon bagi la signal nk berenti kat tempat diorg... Aku ingat lg plat no teksi tu, HB 5199. Budak2 tu pon bukak la pintu blakang teksi tu, dan memasukkan beg plastik sampah warna hitam diorg tu. Aku x prasan sgt ada brapa bungkus, tp yg pasti, lebih dr 1. Plastik hitam tu x de la full sgt, budak yg mengangkut plastik tu pun x nampak terbeban. Mcm ringan je...
Lepas je masukkan bungkusan2 tu dlm teksi diorg terus berlari menyorok disebalik semak. Aku dah makin pelik. Aku dgn fitoChan yg berada di seberang jalan ni memang nampak jelas dan nyata budak2 tu tgh mengintai pak cik teksi tu. Jarak antara teksi tu berhenti dgn tempat budak tu menyorok x de la jauh sgt. Lebih kurang 5 meter je.
Kesian dgn pak cik teksi tu. Dia keluar dr teksi, punggah keluar balik sampah2 yg budak2 td masukkan dlm kereta dia. Ye lah, tu kan tempat duduk penumpang, terjejas la reputasi pemandu teksi kalo teksi dia kotor dan jijik... Lepas je teksi tu bergerak balik masuk jln raya, budak 2 org td keluar dr tempat sembunyi diorg sambil ketawa2. Diorg cakap apa aku x dgr la sbb diorg jauh kat seberang sana. Rupa-rupanya diorg bukan ber 2 je, ada lg kawan2 lain yg memang dah siap2 sembunyi kat port lain...
Tak sangka aku, sampai mcm tu sekali hebatnya diorg mencipta permainan. Nak kata tgh buat shooting, x nampak pulak ada kamera kat mana2...
Kat mana la silapnya, x cukup lg ke game2 yg ada kat muka bumi ni sampai nk kene buat game yg menganiaya org mcm tu skali. Kalo dah x de benda sgt nk dibuat main, pergilah main kejar2 ke, galah panjang ke, baling selipar ke... x kan la x reti, upin ipin pon pandai... Pak cik tu dah la nk mencari rezeki, kene kacau pulak dgn benda yg x sepatutnya jadi... Aduhai... Sabar je lah...

Monday, January 09, 2012

Ini Bukan Diri Saya!

Salam.

Saya bukan penulis blog ini iaitu Farhana. Saya adalah seorang tukang penyibuk yang suka menulis perkara-perkara yang tak masuk akal. Pendek kata post ini adalah post merepek.

Ketika ini Farhana sedang sibuk bergosip dengan Sabicuk mengenai rakan-rakan kami yang bakal/sudah bertunang, berkahwin mahupun beranak-pinak. Ya ramai antara rakan-rakan dari sekolah mahupun universiti. Ketika ini, hanya saya dan yang masih ada antara satu sama lain. Tetapi! Kami percaya jodoh kami ada luar di sana :D

Sabicuk pula sedang merindui kekasih gelapnya aka sawo matang. Ini adalah satu bentuk kecurangan yang tidak boleh di maafkan! Hukuman kepada Sabicuk --> dia tidak dibenarkan bertunang mahupun berkahwin sehingga tamat tahun 2013 ataupun bersedialah untuk bermadu dengan 3 lagi wanita :)

Sekian tamat sudah merepek kerepek post ini.


Regards,
Fito Chan


Aku Tanpa Kerja...

Dah lebih seminggu aku tanam anggur yg confirm x de hasil...
Rasa 'pelik'...
Nk kata gembira, sebenarnya aku sedih...
Nk kata aku sedih, tp aku relaks je...
Nk kata aku relaks, dlm kepala otak serabut...
Kesimpulannya aku sgt x selesa dgn perasaan ini...

"Percutian" yg agak membebankan...
Tp alhamdulillah, dlm masa yg sama ada yg sudi meringankan beban tu...
Thanks Fito Chan n Sabi Cuk...
Memenuhi hariku dgn mengusir perasaan x enak...
Menjauhkan aku dgn kesepian...
Menggembirakan aku dgn perhatian...
Membawa aku jauh dari kesorangan...

Luv U girls...

Friday, January 06, 2012

Musim Adaptasi novel...

Semalam terlepas tengok gemersik kalbu...
So cari la kat youtube...
Lepas habis tgk gemersik kalbu, terpandang tajuk bicara hati...
Hah!!!... bicara hati pon dah jadi drama...

Mcm musim pulak... baru lepas movie ombak rindu keluar panggung, gemersik kalbu pulak muncul kat TV3, kemudian bicara hati pulak tayang kat astro... lepas ni novel apa pulak agaknya...

Tertanya-tanya jugak aku, adakah ini termasuk dlm strategi pemasaran alaf 21?
Sbb secara peribadi, dulu aku memang gila dgn alaf 21. Sampai aku akan tick dalam katalog novel alaf 21 tu novel mana yg aku dah ada supaya senang aku nk aim novel mana plak nk bli lepas ni...
Tp sekarg, aku dah x brapa minat sgt dgn alaf21, perhatian aku dah beralih ke Jemari Seni dan Kaki novel... Mungkin sbb skarg aku lebih suka bacaan yg agak santai, sbb bg aku, novel2 lama alaf21 agak berat... Banyak sgt emosi yang mengganggu...
Jemari Seni pula lebih menekankan novel bersahsiah.. aku suka...
Ye lah, umur dah meningkat, kesedaran pon kene lah bertambah...
Kaki Novel punya crita pulak lebih relaks... crita pasal org kebanyakkan mcm aku ni... Yg tak de harta berjuta2, x de rumah banglo, x de kereta besar...

Berbalik pada 'Adaptasi', stakat baru tgk first episod bicara hati, mcm garapan bicara hati lagi best dr gemersik kalbu... Tp, blom sampai penghujungkan, masih terlalu awal nk buat penilaian...
Yang x bestnya skarg ni, bicara hati tu tayang kat astro... aku ni mana la ada astro... Nk mengharapkan youtube, line internet bukannya sentiasa OK...
Lgpon, bukan senang2 uploader nk upload, nnt kene saman sbb cubaan mencetak rompak, naya je... Kesian kat diorg... Walau apapun, terima kasih buat yang selalu mengupload drama2 n movie2 kat youtube tu... Jasa korang amat dihargai...

Monday, January 02, 2012

Teruja dgn drama


Yeay...Suke2...
Gemersik Kalbu
(Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai...)

One of my fevret novel dah jadi drama...

Antara novel ombak rindu & gemersik kalbu, aku lebih prefer gemersik kalbu, mungkin sbb dlm gemersik kalbu x terlalu berat mcm ombak rindu (bagi aku la... org lain aku x tau)

Sebelum ni memg dah perasan iklan gemersik kalbu, tp x amik port sgt sbb ingatkan tajuk je sama, tp lepas tgk kat drama, rasa sgt teruja sbb ada raihana, sufian, wan ariffin, tasya, abg nazrul, adida, (spatutnya dia ada lg adik nama zul helmi),
Olahannya x sama mcm dlm novel, sbb kalo ikutkan cikgu iskandar tu jenis cikgu yg kepoh, nama pengetuanya pulak en. zain, nama bapak wan arifin ialah wan kamal, bukannya wan arifin bin wan noh,mak raihana pulak x de la berperasaan sampai mcm tu skali, tp x pe la, yg penting intipati n jln crita masih x lari... dah namanya pon diadaptasikan...

Kalo ikut novel, aku slalu dan sgt suka ulang kaji bab blakg2 la, time raihana dah dgn sufian.. x suka bab dpan2 sbb ending relation raihana dgn wan ariffin x best... tp part wan arifin mengurat raihana aku suka. sweet sgt...

C.A.N.A.D.A
Cute And Naughty Actions Developed Into Attraction
H.O.L.L.A.N.D
Hope Our Love Lasts And Never Dies
L.I.B.Y.A
Love Is Beautiful, You Also
I.T.A.L.Y
I Trust And Love You

Masa first time tgk aqasyah jd sufian, terus teringat part dlm novel time sufian botakkan rambut, mcm klaka je membayangkan kalo aqasyah kepala botak... hurm... mungkin babak tuk tu x masuk dlm scene...

Semoga drama gemersik kalbu ni sama best atau lagi best dr novelnya...
Hope drama ni x mengecewakan...

p/s : Kalaulah novel Manisnya Cinta pon dilakon layarkan....