Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Pages

Sunday, April 15, 2012

Air...

Hari ni sehari aku tak mandi... Muahaha... Masam giler...
Ingat aku saje suka2 ke membiarkan diri aku menyerupai kambing?
(Tapi kadang2 memang pemalas nk mandi pon)
Oh tidak...
Aku tak mandi sbb SYABAS bermasalah... jd bekalan air tak dapat sampai ke paip dlm rumah sewa aku tu... Kepala paip rumah aku tu kering dgn air.
Air yg ada cukup2 untuk perkara2 penting je...
Menginjak waktu asar, paip dah mula menunjukkan tanda2 menggembirakan. Cepat2 aku membersihkan diri. Disebabkan had laju air tu masih sgt kecil, aku amik keputusan tuk tadah je siap2. Takut esok pagi tak gi kerja aku sbb tak bleh mandi.
(Tapi aku terpikir jugak, kalo betol esok tak de air lagi, aku akan mandi kat toilet ofis jer. Muahahaha...)
Rasa mcm rewang lepas kenduri pon ada jugak sbb aku duk membasuh pinggan dlm bilik air. Dah tu, cuma paip dlm bilik air je yg kluar air, terpaksa la...

Saturday, April 14, 2012

Bubur...

Hari ni sorang2 kat rumah, even nk kluar gi bli makanan pon malas. Nk masak pon bukan ada bahan kat peti ais. Tapi setelah dikorek2, ada la jugak serba sedikit bahan yg boleh diproses jd makanan... Nasib baik aku ni tak de masalah dgn makanan. Bak kata org, tolak batu ngan kayu je...
Hah, amik kau... dapat satu mangkuk besar...
Alhamdulillah... kenyang...

Monday, April 02, 2012

Adakah kita bertemu orang yang salah???

Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

*****************************************

(copy and paste sbb rasa terkene batang hidung sendiri...)

Sunday, April 01, 2012

Penat...

Seawal jam 7.30 pagi aku dah kluar rumah untuk balik ke Sabak Bernam...
Alhamdulillah, aku dapat tiket BP->KL jam 8.30 am. Apalagi, membuta la aku dalam bas...
Satu perkara yg aku perasan, slama ni, kalau naik bas, memang aku akan tengok kereta lalu lalang. Dulu, setiap lori minyak petronas yg besar2 tu lalu, aku tgk drebar dia sume hensem2. Hahaha.. Kalo yg tak hensem sangat tu pon, still nampak smart. Tapi kali ni, yg aku nampak, abang2 yg tak brapa nk hensem dan buncit. Tapi tak pe bang, abang still smart dgn uniform petronas tu. Hahaha...
AstaghfirullahalA'zim...
Ingatlah Farhana,
wanita yg baik itu adalah yg tidak memandang dan tidak dipandang...
Sukarnyalah menjaga pandanganan ni bila mata tu dah terbiasa meneroka...
Sebelum pukul 1 pm aku dah sampai TBS, bergegas pulak aku amik LRT gi Pudu. Malangnya, tiket ke Sabak dah abis. Rasa mcm nk nangis je time tuh. Aku ni memang slalu tak de luck dgn bas dan tiket. Hadoi. So, aku amik bas gi klang, then tukar bas ke klang central.
Pukul 2.30pm aku sampai klang central, tiket tinggal pukul 5.00pm je. Aduhai, dugaan betol. Tak kesah la, asal bleh sampai. Melahu la aku kat klang central tu lebih 2 jam...
Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak sampai rumah kul 7 pm. Dah mcm dari selatan ke utara. Seharianan perjalanan. Ni lah nasib org yg 'cinta' pengangkutan awam... Nasib baik Su'aidah dah tunggu tuk jemput aku. Hehehe, thanks Su'aidah..