Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Tuesday, February 28, 2012

Kuih Lagi

Hari ni main masak2 lagi. Mak aku suruh buat kek gula hangus tu lagi. Tapi kali ni aku kurangkan gula dan susu pekat. Dan juga lapik kertas kat loyang.
Hmmmm, hari ni nasib kurang baik. Keknya OK, tp x segebu yang sebelum ni. Keras sikit, tp rasa pon boleh la, kurang manis. hehehe..
Petangnya pula, kita org buat kuih lg..... erm... x tau nama melayunya apa, tp kt org banjar kat sini panggil kuih tetuli. Kuih ni biasanya org banjar je yg buat... Senang je bahannya. Telur, santan, tepung, garam secukup rasa dgn gula untuk sira. Mak aku buat untuk bekal diorg pergi kelantan. Hantar adik aku sambung degree kat UiTM Machang.
Pagi tadi Su'aidah call. Diorg suruh aku kerja lagi kat KKSB. Tak dapat la ikut ke Kelantan. Esok akan ke Sabak Bernam... Yeay...
Baru keluar dari oven
Bila dah lapik kertas, senang nk kluar dari loyang
Tapi malangnya, kek tu melekat kat kertas.
Jenuh nk mengopek kertas tuh..
Inilah hasilnya. Suka tengok sarangnya menjadi. Hehehe
Ni pulak, projek kuih TETULI
Mula2 canai doh...
Potong panjang2.
Bentukkan jadi gelung2.
Kalo ikut cara nenek sedara aku time malas, tak payah pon bentuk2 ni.
Biar je panjang2.
Goreng kuih tadi
Ni hasil dah siap goreng
Pastu sira dengan air gula mcm buat kuih keria.
Dah siap...

Sunday, February 26, 2012

Burn Sugar

Macam biasa, hidup sebagai penganggur, membuatkan aku bosan tahap maksimum yg memungkinkan aku menghidap stress. Oh.. ini tidak bagus. Ia akan membuatkan muka aku lebih tua dari usia sebenar. Dah la aku ni memang ada gaya mcm mak nenek sikit. Terlebih matang dari usia sebenar. Huhuhu..
So, untuk mengisi hari-hari kosong ku, hari ni aku terasa nk buat kek gula hangus. (Sebab kek ni bahan dia dah ada and cara buat dia tak susah.) Ada juga yg panggil kek ni kek sarang semut. Mcm adik aku. Dia bleh cakap kat aku, "Kak na, ini kuih tempat tinggal semut kan?" Hahaha... Ye kan aje lah..
Mcm biasa amik resepi kat myResepi.com yg dipos oleh Widad. Ramai giler org pos ckap sedap.
Masa nk start buat, memang plan nk ikut mcm resepi tu je, pas tu mak aku tanya, "pakai brapa banyak tepung?", "satu cawan je...", "hah, sikitnya, alang2, doublekan je..." Aku pon ikutlah arahan...
Disebabkan malas nk guna banyak bekas, (sbb nnt malas nk basuh), aku terus masak gula hangus atas loyang. Bising mak aku.
"Mcm dah tak de bekas lain nk tenggek atas api. Kalo bocor loyang tu kan susah. Loyang tu bukannya sama mcm periuk"
Hahaha, tak pasal2 kene bebel. Ni yg malas kalo ada org lain kat rumah time aku masuk dapur...
Masa nk masukkan air dlm gula yg dah hangus tu, tetiba airnya mcm mendidih, menggelegak... Huuu... pijar jugak la tangan aku. Nasib baik tak melecur. Pedih siot... Patotlah, kat myResepi tu dah ada yg pesan hati2 masa masukkan air. Aku ingatkan hati2 sbb air yg digunakan tu memang air panas, rupanya, air yg dimasukkan tu bakal jd mcm gunung berapi. Tahan je la pijar tu sambil teruskan step yg lain...
Betol apa yg org lain pos kat resepi widad tu. Hasilnya gebu giler. Lembut je. Patutnya kene rehatkan adunan 3 jam, tp aku malas nk tunggu lama2. Aku rehatkan setengah jam je kot. Tp lubang2 sarang dia still OK. Cantik je. X de la padat mcm bingka. Even bakar kat oven, still moist mcm dikukus. Cuma manis sgt tuk kitaorg. Lain kali buat kene kurangkan sket susu kot...
Biasanya aku suka terbalikkan kek, keluar dari loyang.
Tapi kek ni melekat kat loyang, x mo kluar plak.
Tu yg terpaksa potong dari loyang je...

Tuesday, February 21, 2012

One of the luckyless day

Hari ini hari malang aku...
Banyak sangat kesulitan...
Hari ini aku temankan adik aku pergi buat medical check up. Dia dapat sambung buat degree. Biasalah, nk masuk IPT ni mesti ada benda2 bagai mcm tu...
Adat orang blom pandai drebar kereta, motor pulak masih tinggal kat sabak bernam, terpaksa la kita orang naik bas.
Dari rumah nak ke pekan, kita org naik motor. Motor ni x bleh nk tunggang ke bandar sbb lampu signal dia dah rosak... Lgpon motor tu x brapa sihat sgt, selalu semput.
Sampai je kat pekan, dah nampak ada bas. Sementara bas tu nak pusing dan berenti sekejap amik penumpang, aku cepat2 gi park motor kat port biasa.
Lepas naik bas tu, dlm hati aku dah terdetik, "Alhamdulillah, awal2 lagi dah bernasib baik. Sampai2 terus ada bas. Tak payah tunggu lama2."
Sampai je kat bus stand bandar batu pahat, aku pon tercari2 la mana bas nak ke hospital. Setau aku bas ke hospital ada satu je kat batu pahat ni. Tinjau punya tinjau, X ade. Blom sampai kot. Sambil tunggu2 tu, aku tanya la sorg uncle yg keje kat bus stand tu pasal bas nk gi hospital... Dia kata bas gi hospital hr ni x de. Bas rosak... Detik waktu ketika itulah bermulanya perkara2 sukar untuk hari ini... Alamak... Kene naik teksi. Aku paling x suka naik teksi sbb tambang dia mahal sgt. Jadi dah alang2 kat bandar, go on je lah dgn plan. Terpaksalah naik teksi ke hospital.
Sampai je kat hospital batu pahat, adik aku pergilah tanya kat kaunter pertanyaan. Dan jawapan yg x diduga diberikan. "Skarang nk buat medical check up kat klinik kesihatan batu pahat. yg kat jln kluang tu"... Hadoi... Kalo tau x payah membazir duit tambang teksi. Pergi dan balik plak tu. Bleh je naik bas batu pahat ke air hitam, turun dpn klinik tu. Arghhh. Stress...
Sampai2 je kat klinik tu, ktorg pon pusing2 la skejap, nampak ada kaunter tuk medical check up. Adik aku pon pergi la kat kaunter tu, dan petugas tu kata,"Dah x sempat dah ni, dah nk rehat. Kene tunggu pukul 2 nnt." Tengok jam rupanya dah kul 12 suku... Hadoi, kene tunggu lah pulak... Lama plak tu.. Jd kt org pon gi la lunch sementara menunggu pukul 2 tiba.
Tepat kul 2, adik aku amik no kat kaunter. Pukul 4.30 baru siap. Tu pon x sattle habis lg. Mula2 gi X-ray, pastu gi bagi air kencing, kemudian cek gigi, then cek fizikal. Lepas tu jumpa pegawai kesihatan, dia kata air kencing adik aku ada kandungan darah (memang adik aku tgh period pon). Sebab takut ada kandungan bendasing lain and posibility result x tepat, jadi kene datang minggu depan, 3 hari lepas habis period. Buat test air kencing lg skali...
Lantaklah, tu minggu dpn punya cerita, skarg pikir nk balik pulak. Kt org pon tunggu la bas nk ke bus stand. Alhamdulillah, ada pon bas.
Sampai je kat bas stand, pukul 4.50, bas ke sri medan dah x de. Bas last dah jalan... Hari siang lagi. Blom pukul 5, waktu asar pon blom abis, tp kt org dah tertinggal bas. Warghhh... Dugaan apakah ini...
Kt org pon gi la cek bas apa je lg yg ada, cadangnya nak naik bas ke yong peng. Even dia x masuk sri medan, tp x la jauh sgt kalo nk suruh sape2 pick up kt org. X de. Ok, fine. Cari ke parit sulong pulak. Bleh turun kat tongkang pecah. Baru lah aku tau, rupanya bas ke parit sulong ada 2 laluan. 1 bas lalu simpang lima, MRSM BP, separap. Lagi 1 bas lalu tongkang pecah. Selama ni aku ingatkan bas tu dari bas stand lalu tongkang pecah, gi parit sulong, ke MRSM, lalu separap dan simpang lima, trus ke bas stand balik. Baru aku sedar laluan yg aku buat sendiri tu x logik... Nnt aku bagi gambar, sbb kenapa aku kata laluan yg aku pikir tu x logik.
Skarg bas ke parit sulong yg ada cuma yg lalu simpang 5 je. lalu tongkang pecah x de... So, terpaksalah tipon suruh abah kt org amik kat bus stand. Lama la jawabnya nk menunggu abah sampai. Hari dah mendung, badan pulak terasa letih. Sedapnya dapat tidur. Sementara duduk2 menunggu tu, panjang jugak la leher meninjau2 bas apa yg kluar masuk. Akhirnya, tiba2, bas ke parit sulong yg lalu tongkang pecah sampai. Trus aku tipon abah ktorg, suruh tunggu kat tongkang pecah je.
Sampai tongkang pecah, hujan tengah lebat. Abah plak tunggu lebih kurang 10 meter depan bas berenti. Apalagi, berlarilah ktorg tepi jalan yg berlecak meredah hujan lebat. X de lah kuyup sgt, ok lg...
Masalahnya dtg bila masuk bab, mcm mana nk bwk motor balik. Jam dah kul 6.30. Takkan nk tinggal motor kat situ sampai malam. Jadi bermandi hujan lebatlah aku. Menggigil2 aku tunggang motor tu. Sejuknya...
Akhirnya....
Alhamdulillah, selamat aku sampai ke rumah...
Tamat sudah dugaan untuk hari ni...
Ni lah sebabnya kenapa aku kata laluan bas yg aku pikir tu rupanya x logik.
Ni lagu tema kisah aku hari ni.
Aku memang duk teringat lagu ni je dari dlm bas tadi.

Monday, February 20, 2012

Kunyah-kunyah...

Memerap kat rumah membuatkan aku asyik nak ke dapur mencari sesuatu untuk dikunyah...
Alamak, biskut kering pon dah abis... Nak goreng keropok ikan pon dah tak de stok.
Selongkar dapur, jumpa tepung beras dgn serbuk santan... Telur dgn gula memang sentiasa ada... Apalagi, jom buat kuih goyang...
Celupan pertama, x menjadi. Cair sgt adunan, kene tambah tepung lg.
Akhirnya siap jugak. Lenguh kaki berdiri. Nasib baik kuihnya menjadi.

Ni baki adunan. Dah x leh nak celup acuan.
Disebabkan x nk membazir, aku leretkan kat tepi kuali je.
hehehe.
Tolong!!!
Kuih aku kene curi. Si Puteh pon sibuk nk merasa. =p

Saturday, February 18, 2012

Agar2 kastard dgn karamel...

Smalam ternampak resepi puding karamel tanpa telur. Cuma pakai serbuk agar2, tepung kastard, susu cair dan semestinya air serta gula...
Mcm best je sbb aku pon x brapa minat sgt puding karamel yg rasa telur tu. Lg pon resepi yang ni tak payah susah2 nk kukus. Gaul dlm periuk atas api, tuang dlm acuan, sejukkan. Dah bleh makan.Bising jugak mak aku sbb aku curi susu cair dia.
Sementara nk tunggu dia sejuk, aku tidur sekejap.
Tgk2 mak dgn abah aku dah merasmikan dulu...

Wednesday, February 15, 2012

Mari bakar biskut...


Bosan gila duduk rumah x de kerja. Aku nampak baki coklat cip untuk raya lepas dlm peti ais. So, utk memenuhi masa lapang, aku pon decide nk buat coklat cip cookies..

Ini biskut yang sama ye... Cuma kurang cahaya =p
Teksturnya OK, mcm chipsmore, cuma manis sket. Kalo nk resepi, copy je kat myResepi.com. hehehe...

Sunday, February 05, 2012

Hai Penang, we meet again...

Baru minggu lepas (26&27jan2012) aku ke penang, interview Mara di ILKM sg jawi, 2 hari lepas (03&04feb2012) aku ke sana lg. Tp suasana kali ni lain. Minggu lepas pergi dgn hati yg gundah gelisah, tp kali ni pergi dgn hati yg ceria gembira. Minggu lepas keseorangan survive hala tuju tp kali ni bersama rakan2 menaiki kereta.
Aku, fitochan, sabicuk and iechacam dengan excitednya memenuhi undangan walimatul urus rakan kami Siti Aishah Abdullah. Setelah dipersetujui bersama, kt org stay kat rumah yati di desa universiti.
Lewat petang 3hb, kt org berkumpul kat rumah fitochan, dan kt org bertolak lebih kurang jam 9.45 mlm. Sampai rumah yati lebih kurg pukul 4.30pg 4hb sbb highway jem. Mungkin sbb semua org nk balik kg sbb dpt cuti panjang sempena maulidur rasul & thaipusam. Mata pon dah berat, kt org pon hanyut lah di lautan mimpi...
Awal pagi lebih kurang pukul 6, citah & cemot pulak sampai. Bangun je kitaorg dari tidur, terus meriah rumah yati. Dah lama tak jumpa, mcm2 benda nk diborakkan. Kt org pon bersiap gi sarapan. Yeaa!!! yati belanja roti canai.
Balik dari sarapan, bersiap tuk gi kenduri pulak. Masing2 amik nombor tuk mandi & iron baju... (ops... kantoi, gi sarapan x mandi...)
Sebelum ke majlis, kt org cari hadiah dulu.
Rumah Aishah kat Lunas, Kedah. Jd, antie akan guide kt org.
Antie memg rapat dgn aishah. Diorg rum8 masa kt org first yr lg. Skarg pon antie jd pengapit aishah.




Lepas balik dr majlis aishah, antie & yati bawak kt org cuci mata kat pantai bersih.

Tapi sabicuk dpt call dr ofis. Ada problem pasal kerja. Sian dia, x dpt nk enjoy.
Masa nk balik, yati ajak seberang pulau naik ferri. Yea!!! Dapat naik ferri..

First time, tu yg jakun sket. hahaha...
Problem sabicuk still x sattle, so kene la tukar plan. Ktorg decide balik KL malam tu jugak instead of ronda2 pulau esok... X pe, lain kali, ada rezeki kita bleh enjoy lg..
Lepas isyak kt org trus gerak balik KL. Kali ni jalan lengang sket, smooth je perjalanan. Alhamdulillah, kt org selamat sampai rumah fit lebih kurang pukul 3 pg.