Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Wednesday, April 21, 2010

Penangan PSM...

Alhamdulillah, syukur...

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat setelah diberi ujian.
Akhirnya, berlalu sudah hari yang dinanti. Hampir sebulan menghitung hari, detik demi detik,begitu pantas masa berlalu meninggalkan, tak mampu untuk dikejar namun saya masih berusaha untuk menyaingi. (apa aku merepek ni...). Hari ini, berlalu satu lagi episod dalam hidup saya. Episod di mana saya sedang berusaha berdepan dengan situasi untuk menamatkan pelajaran di universiti setelah extend dua semester.

Malu, sedih, terkilan,segan, gembira semuanya teradun menjadi satu. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan apakah perasaan melihat rakan2 menamatkan pelajaran dengan jayanya pada masa yang sepatutnya. Betapa saya menahan perasaan dikala melihat rakan2 lain menyarungkan jubah konvokesyen.Menahan perasaan tatkala memikirkan rakan2 telah bekerja meringankan beban sekaligus cuba membalas jasa keluarga tercinta.

Hari ini, perasaan itu datang lagi walau situasinya berbeza. Hari ini menentukan sama ada saya bakal meninggalkan UTM atau masih berada di UTM untuk semester akan datang. Akhirnya, proses penentuan yang menjadi syarat pengijazahan dilalui dengan seadanya. Dan syukur pada Allah dengan limpah dan kurnianya, saya menerima minor correction untuk projek saya. Walhal sebelum itu, sepatutnya saya perlu membuat major correction. Saya tidak tahu apa yang mempengaruhi perubahan keputusan penilaian projek saya, namun di waktu itu saya sangat2 merasai bahawa Allah menolong saya. Bagai terngiang2 di telinga alunan Yasin dari mak di kampung untuk saya. Adakah berkat doa seorang ibu membawa kepada perubahan keputusan itu? Hanya Allah yang mengetahui. Tapi suatu yang saya yakini, doa seorang ibu itu dekat disisi Allah.Betapa aku sangat2 merasai Allah membantuku di saat perasaanku tidak menentu.
Ya Allah yang Maha Agung,
Aku ini hamba yang kerdil lagi hina,
Sentiasa memungkiri janji yang dibuat pada diri sendiri,
Namun rahmatMu tidak pernah bertepi.
Jurang mendalam,
Gunung meninggi,
Langit meluas,
Takkan pernah dapat menyaingi kurniaMu kepadaku.
Ampunkan dosaku yang tidak terkira ini Ya Allah,
Teguhkanlah imanku,
Peliharalah ibadatku,
Rahmatilah aku,
Restuilah perbuatanku,
Redhailah hidupku,
Bantulah aku melaksanakan suruhanMu menjauhi laranganMu,
Sesungguhnya kaulah Tuhan yang Satu...

Buat rakan2 seperjuangan yang sama2 dikuarantin dalam lab sepanjang sem ni, (Sabrina, Su'aidah, Nisa, Q, Fit, Syazana, Chita, Kak Siti, Farid dan Abdullah Amin) CONGRATEs sume... Pertapaan kita dalam lab bakal menjadi kenangan...
Tidak lupa juga penghargaan buat Cik Mie, En Rosely, Pn Zuraifah, dan Dr. Shah as a KJ. Untuk roommate (Ajai), terima kasih kerana memahami. Buat keluarga, rakan2, dan kenalan2, terima kasih di atas doa dan dorongan.
Jazakumullah hu khairan kathira