Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Tuesday, February 28, 2012

Kuih Lagi

Hari ni main masak2 lagi. Mak aku suruh buat kek gula hangus tu lagi. Tapi kali ni aku kurangkan gula dan susu pekat. Dan juga lapik kertas kat loyang.
Hmmmm, hari ni nasib kurang baik. Keknya OK, tp x segebu yang sebelum ni. Keras sikit, tp rasa pon boleh la, kurang manis. hehehe..
Petangnya pula, kita org buat kuih lg..... erm... x tau nama melayunya apa, tp kt org banjar kat sini panggil kuih tetuli. Kuih ni biasanya org banjar je yg buat... Senang je bahannya. Telur, santan, tepung, garam secukup rasa dgn gula untuk sira. Mak aku buat untuk bekal diorg pergi kelantan. Hantar adik aku sambung degree kat UiTM Machang.
Pagi tadi Su'aidah call. Diorg suruh aku kerja lagi kat KKSB. Tak dapat la ikut ke Kelantan. Esok akan ke Sabak Bernam... Yeay...
Baru keluar dari oven
Bila dah lapik kertas, senang nk kluar dari loyang
Tapi malangnya, kek tu melekat kat kertas.
Jenuh nk mengopek kertas tuh..
Inilah hasilnya. Suka tengok sarangnya menjadi. Hehehe
Ni pulak, projek kuih TETULI
Mula2 canai doh...
Potong panjang2.
Bentukkan jadi gelung2.
Kalo ikut cara nenek sedara aku time malas, tak payah pon bentuk2 ni.
Biar je panjang2.
Goreng kuih tadi
Ni hasil dah siap goreng
Pastu sira dengan air gula mcm buat kuih keria.
Dah siap...

No comments:

Post a Comment