Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Sunday, February 26, 2012

Burn Sugar

Macam biasa, hidup sebagai penganggur, membuatkan aku bosan tahap maksimum yg memungkinkan aku menghidap stress. Oh.. ini tidak bagus. Ia akan membuatkan muka aku lebih tua dari usia sebenar. Dah la aku ni memang ada gaya mcm mak nenek sikit. Terlebih matang dari usia sebenar. Huhuhu..
So, untuk mengisi hari-hari kosong ku, hari ni aku terasa nk buat kek gula hangus. (Sebab kek ni bahan dia dah ada and cara buat dia tak susah.) Ada juga yg panggil kek ni kek sarang semut. Mcm adik aku. Dia bleh cakap kat aku, "Kak na, ini kuih tempat tinggal semut kan?" Hahaha... Ye kan aje lah..
Mcm biasa amik resepi kat myResepi.com yg dipos oleh Widad. Ramai giler org pos ckap sedap.
Masa nk start buat, memang plan nk ikut mcm resepi tu je, pas tu mak aku tanya, "pakai brapa banyak tepung?", "satu cawan je...", "hah, sikitnya, alang2, doublekan je..." Aku pon ikutlah arahan...
Disebabkan malas nk guna banyak bekas, (sbb nnt malas nk basuh), aku terus masak gula hangus atas loyang. Bising mak aku.
"Mcm dah tak de bekas lain nk tenggek atas api. Kalo bocor loyang tu kan susah. Loyang tu bukannya sama mcm periuk"
Hahaha, tak pasal2 kene bebel. Ni yg malas kalo ada org lain kat rumah time aku masuk dapur...
Masa nk masukkan air dlm gula yg dah hangus tu, tetiba airnya mcm mendidih, menggelegak... Huuu... pijar jugak la tangan aku. Nasib baik tak melecur. Pedih siot... Patotlah, kat myResepi tu dah ada yg pesan hati2 masa masukkan air. Aku ingatkan hati2 sbb air yg digunakan tu memang air panas, rupanya, air yg dimasukkan tu bakal jd mcm gunung berapi. Tahan je la pijar tu sambil teruskan step yg lain...
Betol apa yg org lain pos kat resepi widad tu. Hasilnya gebu giler. Lembut je. Patutnya kene rehatkan adunan 3 jam, tp aku malas nk tunggu lama2. Aku rehatkan setengah jam je kot. Tp lubang2 sarang dia still OK. Cantik je. X de la padat mcm bingka. Even bakar kat oven, still moist mcm dikukus. Cuma manis sgt tuk kitaorg. Lain kali buat kene kurangkan sket susu kot...
Biasanya aku suka terbalikkan kek, keluar dari loyang.
Tapi kek ni melekat kat loyang, x mo kluar plak.
Tu yg terpaksa potong dari loyang je...

1 comment: