Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Tuesday, February 21, 2012

One of the luckyless day

Hari ini hari malang aku...
Banyak sangat kesulitan...
Hari ini aku temankan adik aku pergi buat medical check up. Dia dapat sambung buat degree. Biasalah, nk masuk IPT ni mesti ada benda2 bagai mcm tu...
Adat orang blom pandai drebar kereta, motor pulak masih tinggal kat sabak bernam, terpaksa la kita orang naik bas.
Dari rumah nak ke pekan, kita org naik motor. Motor ni x bleh nk tunggang ke bandar sbb lampu signal dia dah rosak... Lgpon motor tu x brapa sihat sgt, selalu semput.
Sampai je kat pekan, dah nampak ada bas. Sementara bas tu nak pusing dan berenti sekejap amik penumpang, aku cepat2 gi park motor kat port biasa.
Lepas naik bas tu, dlm hati aku dah terdetik, "Alhamdulillah, awal2 lagi dah bernasib baik. Sampai2 terus ada bas. Tak payah tunggu lama2."
Sampai je kat bus stand bandar batu pahat, aku pon tercari2 la mana bas nak ke hospital. Setau aku bas ke hospital ada satu je kat batu pahat ni. Tinjau punya tinjau, X ade. Blom sampai kot. Sambil tunggu2 tu, aku tanya la sorg uncle yg keje kat bus stand tu pasal bas nk gi hospital... Dia kata bas gi hospital hr ni x de. Bas rosak... Detik waktu ketika itulah bermulanya perkara2 sukar untuk hari ini... Alamak... Kene naik teksi. Aku paling x suka naik teksi sbb tambang dia mahal sgt. Jadi dah alang2 kat bandar, go on je lah dgn plan. Terpaksalah naik teksi ke hospital.
Sampai je kat hospital batu pahat, adik aku pergilah tanya kat kaunter pertanyaan. Dan jawapan yg x diduga diberikan. "Skarang nk buat medical check up kat klinik kesihatan batu pahat. yg kat jln kluang tu"... Hadoi... Kalo tau x payah membazir duit tambang teksi. Pergi dan balik plak tu. Bleh je naik bas batu pahat ke air hitam, turun dpn klinik tu. Arghhh. Stress...
Sampai2 je kat klinik tu, ktorg pon pusing2 la skejap, nampak ada kaunter tuk medical check up. Adik aku pon pergi la kat kaunter tu, dan petugas tu kata,"Dah x sempat dah ni, dah nk rehat. Kene tunggu pukul 2 nnt." Tengok jam rupanya dah kul 12 suku... Hadoi, kene tunggu lah pulak... Lama plak tu.. Jd kt org pon gi la lunch sementara menunggu pukul 2 tiba.
Tepat kul 2, adik aku amik no kat kaunter. Pukul 4.30 baru siap. Tu pon x sattle habis lg. Mula2 gi X-ray, pastu gi bagi air kencing, kemudian cek gigi, then cek fizikal. Lepas tu jumpa pegawai kesihatan, dia kata air kencing adik aku ada kandungan darah (memang adik aku tgh period pon). Sebab takut ada kandungan bendasing lain and posibility result x tepat, jadi kene datang minggu depan, 3 hari lepas habis period. Buat test air kencing lg skali...
Lantaklah, tu minggu dpn punya cerita, skarg pikir nk balik pulak. Kt org pon tunggu la bas nk ke bus stand. Alhamdulillah, ada pon bas.
Sampai je kat bas stand, pukul 4.50, bas ke sri medan dah x de. Bas last dah jalan... Hari siang lagi. Blom pukul 5, waktu asar pon blom abis, tp kt org dah tertinggal bas. Warghhh... Dugaan apakah ini...
Kt org pon gi la cek bas apa je lg yg ada, cadangnya nak naik bas ke yong peng. Even dia x masuk sri medan, tp x la jauh sgt kalo nk suruh sape2 pick up kt org. X de. Ok, fine. Cari ke parit sulong pulak. Bleh turun kat tongkang pecah. Baru lah aku tau, rupanya bas ke parit sulong ada 2 laluan. 1 bas lalu simpang lima, MRSM BP, separap. Lagi 1 bas lalu tongkang pecah. Selama ni aku ingatkan bas tu dari bas stand lalu tongkang pecah, gi parit sulong, ke MRSM, lalu separap dan simpang lima, trus ke bas stand balik. Baru aku sedar laluan yg aku buat sendiri tu x logik... Nnt aku bagi gambar, sbb kenapa aku kata laluan yg aku pikir tu x logik.
Skarg bas ke parit sulong yg ada cuma yg lalu simpang 5 je. lalu tongkang pecah x de... So, terpaksalah tipon suruh abah kt org amik kat bus stand. Lama la jawabnya nk menunggu abah sampai. Hari dah mendung, badan pulak terasa letih. Sedapnya dapat tidur. Sementara duduk2 menunggu tu, panjang jugak la leher meninjau2 bas apa yg kluar masuk. Akhirnya, tiba2, bas ke parit sulong yg lalu tongkang pecah sampai. Trus aku tipon abah ktorg, suruh tunggu kat tongkang pecah je.
Sampai tongkang pecah, hujan tengah lebat. Abah plak tunggu lebih kurang 10 meter depan bas berenti. Apalagi, berlarilah ktorg tepi jalan yg berlecak meredah hujan lebat. X de lah kuyup sgt, ok lg...
Masalahnya dtg bila masuk bab, mcm mana nk bwk motor balik. Jam dah kul 6.30. Takkan nk tinggal motor kat situ sampai malam. Jadi bermandi hujan lebatlah aku. Menggigil2 aku tunggang motor tu. Sejuknya...
Akhirnya....
Alhamdulillah, selamat aku sampai ke rumah...
Tamat sudah dugaan untuk hari ni...
Ni lah sebabnya kenapa aku kata laluan bas yg aku pikir tu rupanya x logik.
Ni lagu tema kisah aku hari ni.
Aku memang duk teringat lagu ni je dari dlm bas tadi.

No comments:

Post a Comment