Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Sunday, January 15, 2012

Kisah Si Pemandu Teksi

Petang semalam, ikut fitoChan ke Taman Tasik Datuk Keramat sbb dia nk jogging. Dari rumah sewa nk ke taman adalah dlm 15 minit kalo jalan lenggang kangkung...
Nak dijadikan cerita, masa on the way tu, ternampaklah 2 org budak sdg tunggu teksi kat bus stop.
Mungkin umurnya dlm lingkungan 10 - 13 tahun. Kecik je budaknya... Tetiba salah sorang dr budak tu tahan teksi sambil bawa plastik sampah warna hitam.
Dlm otak aku dah buat andaian, diorg tu org susah kot, agaknya baru balik dr pungut tin... (slalu tgk movie ada babak mcm tu. huhuuh...) Teksi tu pon bagi la signal nk berenti kat tempat diorg... Aku ingat lg plat no teksi tu, HB 5199. Budak2 tu pon bukak la pintu blakang teksi tu, dan memasukkan beg plastik sampah warna hitam diorg tu. Aku x prasan sgt ada brapa bungkus, tp yg pasti, lebih dr 1. Plastik hitam tu x de la full sgt, budak yg mengangkut plastik tu pun x nampak terbeban. Mcm ringan je...
Lepas je masukkan bungkusan2 tu dlm teksi diorg terus berlari menyorok disebalik semak. Aku dah makin pelik. Aku dgn fitoChan yg berada di seberang jalan ni memang nampak jelas dan nyata budak2 tu tgh mengintai pak cik teksi tu. Jarak antara teksi tu berhenti dgn tempat budak tu menyorok x de la jauh sgt. Lebih kurang 5 meter je.
Kesian dgn pak cik teksi tu. Dia keluar dr teksi, punggah keluar balik sampah2 yg budak2 td masukkan dlm kereta dia. Ye lah, tu kan tempat duduk penumpang, terjejas la reputasi pemandu teksi kalo teksi dia kotor dan jijik... Lepas je teksi tu bergerak balik masuk jln raya, budak 2 org td keluar dr tempat sembunyi diorg sambil ketawa2. Diorg cakap apa aku x dgr la sbb diorg jauh kat seberang sana. Rupa-rupanya diorg bukan ber 2 je, ada lg kawan2 lain yg memang dah siap2 sembunyi kat port lain...
Tak sangka aku, sampai mcm tu sekali hebatnya diorg mencipta permainan. Nak kata tgh buat shooting, x nampak pulak ada kamera kat mana2...
Kat mana la silapnya, x cukup lg ke game2 yg ada kat muka bumi ni sampai nk kene buat game yg menganiaya org mcm tu skali. Kalo dah x de benda sgt nk dibuat main, pergilah main kejar2 ke, galah panjang ke, baling selipar ke... x kan la x reti, upin ipin pon pandai... Pak cik tu dah la nk mencari rezeki, kene kacau pulak dgn benda yg x sepatutnya jadi... Aduhai... Sabar je lah...

No comments:

Post a Comment