Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Sunday, April 01, 2012

Penat...

Seawal jam 7.30 pagi aku dah kluar rumah untuk balik ke Sabak Bernam...
Alhamdulillah, aku dapat tiket BP->KL jam 8.30 am. Apalagi, membuta la aku dalam bas...
Satu perkara yg aku perasan, slama ni, kalau naik bas, memang aku akan tengok kereta lalu lalang. Dulu, setiap lori minyak petronas yg besar2 tu lalu, aku tgk drebar dia sume hensem2. Hahaha.. Kalo yg tak hensem sangat tu pon, still nampak smart. Tapi kali ni, yg aku nampak, abang2 yg tak brapa nk hensem dan buncit. Tapi tak pe bang, abang still smart dgn uniform petronas tu. Hahaha...
AstaghfirullahalA'zim...
Ingatlah Farhana,
wanita yg baik itu adalah yg tidak memandang dan tidak dipandang...
Sukarnyalah menjaga pandanganan ni bila mata tu dah terbiasa meneroka...
Sebelum pukul 1 pm aku dah sampai TBS, bergegas pulak aku amik LRT gi Pudu. Malangnya, tiket ke Sabak dah abis. Rasa mcm nk nangis je time tuh. Aku ni memang slalu tak de luck dgn bas dan tiket. Hadoi. So, aku amik bas gi klang, then tukar bas ke klang central.
Pukul 2.30pm aku sampai klang central, tiket tinggal pukul 5.00pm je. Aduhai, dugaan betol. Tak kesah la, asal bleh sampai. Melahu la aku kat klang central tu lebih 2 jam...
Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak sampai rumah kul 7 pm. Dah mcm dari selatan ke utara. Seharianan perjalanan. Ni lah nasib org yg 'cinta' pengangkutan awam... Nasib baik Su'aidah dah tunggu tuk jemput aku. Hehehe, thanks Su'aidah..

No comments:

Post a Comment