Yang Sebenarnya...

Blog ini terhasil tanpa tujuan dan matlamat yang jelas.
Sekadar memenuhi kehendak hati tanpa pertimbangan akal fikiran yang waras.
Tiada apa yang hendak diutarakan, diketengahkan dan dikupas.
sekadar perkongsian apa yang rasa hendak dikongsi...
sekadar luahan apa yang rasa hendak diluah...
sekadar catatan apa yang rasa hendak dicatat...

Pages

Tuesday, December 27, 2011

Tension

Aku bukan jenis yang pemarah, tapi bila rasa marah, tak tau mcm mana nak meluah...
jadi kepala aku rasa terbeban... rasa mcm nk menjerit pon ada, tp itu bukan cara aku...

Perasaan marah ni buat aku rasa tension...
Kalau marah pada org lain, mungkin aku boleh mengutuk mengata orangnya...
tp kalo marah pada diri sendiri mcm mana?

Hanya kerana novel aku jd tension. Sewel dah aku ni...

Aku memang jenis yang gila novel, suka sangat baca novel, tapi memilih tajuk jugak la...
Tiada spesifik genre, mana yang aku berkenan, semua aku balun, ikut naluri hati...

Malangnya, mak aku tak suka aku baca novel... dia kata MEMBAZIR...
membazir duit n membazir masa.

Membazir duit sebab nk bli novel kene la pakai duit kan, x kan pakai daun pulak... dan aku x brapa suka pinjam2 ni sbb kalo novel tu best, aku terasa mcm nk buat hak sendiri pulak...
(tp alhamdulillah setakat ni walau mcm mana best sekali pon novel yg aku pinjam tu aku tetap pulangkan pada tuannya semula sbb aku sgt memahami perasaan kehilangan novel tersayang di tangan org lain. huhuhu )
(aku pernah bli novel yang sama 2 kali sbb novel kesayangan aku tu dipinjam org tp x dipulangkan semula... sedey btol...)
Membazir masa sbb aku ni kalo dah mengadap novel bleh x makan satu hari, bleh x tidor satu malam and bleh x mandi seharianan. Apa pon x bleh slain nagadap novel je... Tu sbbnya kalo nk baca novel ni aku akan tunggu masa dan ketika yang betul tanpa gangguan baru aku start... aku x suka baca separuh2...

Dulu aku selalu beli novel online, nk jimat punya pasal, sbb bleh dpt diskaun... Tp bila novel tu sampai je kat rumah, kantoi dgn mak aku... start la dia bising... tp disebabkan waktu tu duduk serumah dgn family, jd hal kewangan ni aku x berjaga2 sgt...
Sekarg ni bila dah kerja jauh dan x duduk serumah, aku agak mencatu aliran duit keluar masuk dari poket aku... Ye lah, kerja x menentu, gaji x besar... cukup2 makan je...

Mak aku pon dah siap bagi warning "Duit tu disimpan, jangan nk beli novel lg dah"...

Warghhhh, ayat tu la yang buat aku jd separuh x betul skarg ni sbb senarai check list novel yang diingini dah semakin bertambah...

Dahlah aku sedang mengamalkan belanja mengikut keperluan bukan keinginan..
Dan obviously NOVEL adalah termasuk dlm ketegori keinginan, bukan keperluan.

Lagi satu perkara yang buat aku sangat terasa bengang, makin aku tahan diri nk beli novel, makin banyak pulak novel yg best2 keluar. macam berlumba2 pulak. hadoi.. Sesak2...

Sabarlah wahai hati... sabar itu pasti ada ganjarannya...
Tunggulah kau wahai novel2... Suatu hari nanti, dirimu pasti akan ku rembat. huhuhu...

Yang membuatkan tension aku meluak2 sampai aku kene meluahkan dalam blog nih, adalah kerana aku dah lama teringin giler nk novel2 berikut:-
















Ni semua angkara dah bosan x de kerja, jd gatal tangan pergi bukak laman web kesayangan, JEMARI SENI and KAKI NOVEL... Kan dah sasau jadinya...

Novel2 ni ada yg dah lama, tp aku je yg blom mampu nk bli...
kalo bli online, bukan mahal sgt pon, tp disebabkan aku kene berpegang pada berbelanja berdasarkan keperluan bukan keinginan, terpaksa la hasrat hati tu di letak tepi dulu..

p/s : Kalau ada sesapa terasa nk bagi aku hadiah, just give me all those novels. Muahahahaha...

No comments:

Post a Comment